Sedar ataupun tidak, produk insurans konvesional yang ditawarkan syarikat insurans konvensional hukumnya haram.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke- 16 pada 15 - 16 Februari 1979 telah bersetuju memutuskan bahawa Insurans Nyawa adalah haram kerana ia ;
i) Mengandungi gharar
ii) Mengandungi unsur judi
iii) Mengandungi muamalah riba
Majlis Fiqh Antarabangsa bersidang pada 1979 di Mekah memutuskan Insurans Jenis Perniagaan adalah HARAM ke atas barangan perniagaan, nyawa, dan lain2 jenis harta.
Pengharaman Insurans Konvensional telah disepakati oleh ulama dunia antaranya ;
i) Imam Muhd Amin Ibn Abidin (1836M)
ii) Imam Muhd Abu Zuhrah
iii) Syiekh Ahmad Ibraim Al- Husaini
iv) Syiekh Najm al- Din al- Waiz
v) Syiekh al- Ahmadi al- Zawahiri
vi) Syiekh Prof. Dr. Yusuf Qardhawi
vii) Syiekh Prof. Dr. Sulaiman Al- Asyqar
viii) Syiekh Dr. Wahbah al- Zuhailiyy
Setakat hari ini, terdapat 8 operator Takaful sahaja yang berdaftar dengan Bank Negara (www.bnm.gov.my), (http://www.mifc.com/060202_tka_oper.htm)
Registered Takaful Operators
- Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad
- CIMB Aviva Takaful Berhad
- HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Berhad
- MAA Takaful Berhad
- Prudential BSN Takaful Berhad
- Syarikat Takaful Malaysia Berhad
- Takaful Ikhlas Sdn Berhad
- Etiqa Takaful
Berdasarkan fakta dari Bank Negara ini, dapatlah difahami bahawa selain daripada 8 operator ini, semuanya adalah syarikat insurans konvensional.
Pastikan urusan muamalat sehari- hari kita menepati syariat Islam. Tak kira lah, insurans keluarga, insurans pendidikan anak2 ker, insurans kereta motor ke, PASTIKAN semuanya menggunakan TAKAFUL.
Fakta: Sidang Kemuncak Ketua- Ketua Negara Islam dalam Developing-8 (D-
yang telah berlangsung di Dhaka telah memutuskan bahawa istilah Takaful digunakan untuk semua jenis perniagaan INSURANS SECARA ISLAM.
Justeru, jangan terperangkap dengan sesetengah syarikat yang claim produk insurans mereka dikawal selia oleh penasihat syariah, para ustaz etc. .Tugas anda pastikan dulu, periksa dulu…Gunakan ilmu anda……