
Muhammad Muaz Wajdi bin Mohamad Zarifi
Tepat jam 9.30 pagi (waktu Malaysia), telah berlaku sejarah dalam hidup.
Anak sulung kami telah selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya. Ketika isteri masuk ke dewan bersalin, hati seorang suami terus tunduk memohon keselamatan segala urusan.
Pengalaman masuk ke dalam dewan bersalin menemani “melihat ” sendiri” peristiwa ciptaan Allah Maha Kuasa sangat menakjubkan dan alhamdulillah pada saat 9.30 pagi, seorang lagi cucu Adam dilahirkan di atas muka bumi Allah ini.
Syukur, alhamdulillah kerana isteri juga tidak mengalami sakit yang panjang. Terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami Ya Alah. Sesungguhnya jika bukan kerana bantuan-Mu Ya Allah sudah pasti kami akan mengalami kesukaran.
Muhammad Muaz Wajdi adalah nama yang dicadangkan olehku dan alhamdulillah isteri juga menyambut baik hasratku untuk menamakan putera sulung kami. Baba dan ibu doakan Muaz akan menjadi seperti Muaz bi Jabal sahabat Nabi SAW yang sentiasa bersama Nabi memperjuangkan agama Islam yang suci ini. Terlalu banyak kisah berkaitan Muaz bin Jabal dapat digali melalui kitab- kitab Seerah Islam, antaranya Muaz bin Jabal adalah orang yang sangat kuat berpegang pada agama.
Kisah Muaz bin Jabal seorang sahabat Nabi amat menarik dijadikan pedoman dalam membina jalan berfikir ikut sunah. Semasa dilantik menjadi Gabenor di Yaman, Rasulullah bertanya kepada Muaz apakah pedoman atau sumber yang akan digunakan apabila mengurus Yaman nanti. Muaz menjawab, menjadikan al-Quran sebagai sumber. Rasulullah bertanya lagi kalau tidak terdapat di dalam al-Quran, Muaz menyatakan bahawa ia akan merujuk sunah Rasulullah. Baginda bertanya lagi kalau tidak ada dalam sunahnya, Muaz menjawab ia akan melakukan ijtihad. Rasulullah bersetuju dengan pendirian Muaz itu. Jawapan Muaz itu menunjukkan dengan jelas bahawa pedoman membuat keputusan merujuk kepada jalur sunnah.
Terima kasih kepada para doktor dan staff nurse yang bertungkus lumus memberikan perkhidmatan yang baik kepada kami. Terima kasih juga ahli keluarga yang memberikan sokongan tak lupa pada sahabat handai yang sudi melawat Muaz dan juga atas SMS tuan- puan:)
Regards,
Zarifi, Puchong Permai
huds said,
J00000012UTC 28, 2008 at 02.22 p12
congrats yer…nuha aneesa dah dapat kawan
Ridha&arfah said,
J00000012UTC 28, 2008 at 02.22 p12
Baarakallahu laka fil mauhubil lak,wa syakartal Waahib, wa balagha ashuddah, wa ruziqta birrah.
tahniah ana ucapkan kepada Abi Muaz dan Ummu Mu’az. Semoga mujahid baru akan tetap bersama dengan abi dan umminya dalam medan perjuangan. Ameen.
Akhi, doakan ana pula ye. Semoga dipermudahkan.
abu&ummu uwais said,
J00000012UTC 28, 2008 at 02.22 p12
Semoga Allah memberkati kamu dengan kelahiran anak ini. Dan kamu pula mensyukuri kepada Pemberinya.Semoga dia dipelihara sehingga dewasa dan kamu mendapat layanan yang baik dari anak ini…Amiin. (hiii..maksud ust ridha)
mabruk ‘alaikuma atas kelahiran mutiara hati Muhammad Muaz Wajdi… semoga menjadi anak soleh dan pendokong cita-cita perjuangan baba dan ibunya..;)
salam dari perantauan.
~mohd najib, suhayu & uwais amzar (Amman)~
ila nursalida said,
J00000012UTC 28, 2008 at 02.22 p12
tahniah…barakallahu fik
zarifidaud said,
J00000012UTC 28, 2008 at 02.22 p12
terima kasih teman- teman semua yang mendoakan.Us Ridha, ana juga doakan anta
K.Moon said,
J00000012UTC 28, 2008 at 02.22 p12
Salam Tahniah buat antuma!
Bolehla kawan ngan Ahmad Umar Ikhwan…Yati, selamat berpantang!
Hasanah said,
J00000012UTC 28, 2008 at 02.22 p12
Alhamdulillah, syukur dan tahniah buat Ustaz Zarifi, zawjah & muaz! Semoga terus mendapat keberkatan & keredhaan Allah s.w.t.
afyan said,
J0000004UTC 28, 2008 at 02.22 p04
Lama tak update blog sejak jadi ayah?
firdaus Khairi said,
J0000007UTC 28, 2008 at 02.22 p07
TAHNIAH SYEIKH