Hilangnya seorang sahabat, teman, kawan, guru

24 Julai 2008-

Pagi tadi saya terima sms daripada  sahabat Us. Mohd Solhi Shariff, Pegawai Pusat Pungutan Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

sms beliau;

“alfatihah buat sahabat kita, abdul aziz omar yg telah kembali ke rahmatullah, dlm pakaian ihram,kemalangan ketika balik dari umrah (bgtau shbt2 lain)”

Sdr. Us. Abdul Aziz al- hafiz adalah seorang sahabat yang mudah mesra. Saya mula mengenali arwah ketika mula- mula mendaftar masuk ke Tingkatan 1, SMKA Al Mashoor Lelaki pada tahun 1995. Terus hari ke hari mengenali beliau hinggalah ke Tingkatan 5 pada tahun 1999.

Kenangan manis, semasa bersama- sama dgn beliau berkhidmat selaku Badan Tertinggi Pelajar (BTP) SMKA Al- Mashoor (Lelaki) pada tahun 1998- 1999. Beliau menjadi Timbalan Ketua Umum, saya mjadi Exco Dakwah Kepimpinan.Beliau adalah bos ke-2 kami dalam BTP.  Beliau sangat komited dengan gerakerja dan usaha dakwah mendidik anak- anak warisan Al Mashoor. Beliau sangat pantang melihat pelajar2 yang suka ponteng solat, ponteng Subuh, tak mahu baca Mathurat lepas Subuh dan lepas Asar. Walaupun beliau sangat peramah, periang tapi sangat memendam rasa. Beliau tak suka menceritakan masalah nya . apabila disusuri latar belakang beliau merupakan anak yatim.

Beliau sangat bertenaga apabila bertazkirah, sgt alim nahu bahasa arab, sgt berilmu. Apabila tamat pengajian di Al Mashoor, beliau memasuki Maahad Tahfiz Wal Qiraat Pulau Pinang. dan terus ke bumi Nabi Madinah al Munawwarah. Kali terakhir kami berjumpa sekitar tahun 2002 kurang lebih di Masjid Negeri Pulau Pinang menziarahi teman2 di sana.

 Semoga roh arwah diletakkan di kalangan para syuhada’ dan orang yang bertaqwa. Ana doakan anta terus dibawah rahmat al Quran kerana anta merupakan pendokong al- quran semasa hayat. Mohon sahabat2 sekalian mendoakan sahabat ana ini.

 

Advertisements

Akademi Nasyid

Ulasan sedikit berkaitan program TV Realiti Akademi Nasyid TV 9 yang mendapat sambutan masyarakat.

Tahniah di ucapkan kepada pengurusan tertinggi TV 9 kerana come-out dgn 1 program alternatif AKADEMI NASYID (AN) hiburan yang mendidik jiwa dikala keadaaan hiruk pikuk hiburan kita dlm keadaan tidak tentu arah.

Saya sempat mengikuti rancangan ini beberapa kali. Paling menarik (saya kira semua orang juga) Sdr. Azhan, salah seorang peserta AN yang dianugerahkan ALlah “aura” yg menusuk hati para pendengar. Apabila mendengar lantunan suara Sdr. Azhan, terus “terasa” lubuk hati. Inilah anugerah suara yang Allah berikan kepad hambaNYA.

Industri Nasyid memerlukan lebih ramai “Azhan” untuk tampil berdakwah kpd masyarakat. Lagu2 ketuhanan yang memberi keinsafan beginilah perlu dihidangkan kepada masyarakat.

Rakan2 di dalam industri nasyid juga dinasihatkan jgn terlalu gemar menghasilkan lagu2 meleret- leret dan lirik2 cinta muda- mudi klise spt pada hari ini. Lagu2 dan lirik ketuhanan memang mempunyai “kuasa” utk menarik hati2 kita utk kembali kepada Allah.

Buat Sdr. Azhan, jikapun Sdr. tidak diangkat menjadi juara, harapnya Sdr. terus komited berdakwah melalui bakat anugerah suara sdr. Begitu juga sahabat2 yg lain. Menjadi juara AN bukanlah matlamat utama.Keikhlasan dan sumbangan tuan-tuan sangat bermakna kepada Islam dan ummah.    

Moga hiburan mendidik jiwa dapat mengetuk pintu hati kita semua untuk kembali kepada rahmat Allah.

Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah pemberi rahmat Yang Paling baik   – Al Mukminun ; 118   

Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke- 51

Bermula 7 – 11 Julai depan, acara tahunan Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke- 51 akan berlangsung di Negeri Kedah Darul Aman.

Majlis ini sangat berprestij kerana melahirkan ramai qurra’ terkenal dalam negara. Antaranya Syiekh Ahmad Pergau (Kelantan), Ismail Hashim (Kedah) , Ust Muhammad Qari (bekas guru agama di SMKA Falahiah, Kelantan), Hj. Abdul Rahim Ahmad, Hajah Paridah Mat Saman, Hjh. Rogayah Sulong, Us. Radzi Kamarul Hailan dan lain2 lagi.

Paling menarik, Tilawah Kali ke- 51 ni banyak negeri yang diwakili oleh kawan2 saya ketika sekolah menengah dan universiti duhulu, cthnya Us. Hafaz Ali (akan mewakili T’ganu), Us Amir Rahman- dalam gambar sebelah (Wilayah), Us Syahiruddin ( Wakil NS), Ustzh Farah Ilyani Zakaria (wakil Sarawak; anak jati Kelantan; dahulunya pergi ke Tehran wakil M’sia Tilawah Remaja bersama saya), Cik Sharifah Khasif (wakil Perak), dan Cik Normalina Alias- dalam gambar sebelah (wakil Wilayah- pernah sekelas di UIA dulu). Tahniah buat sahabat2 semua.

Moga al- Quran terus dimartabatkan dan dibumikan risalahnya.

Hukum Berkhatan Bagi Pesakit Heamophilia dan Kanak- Kanak Cacat Akal

Gambar hiasan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada sidangnya kali ke- 77 pada 10- 12 April 2007 telah membincangkan isu hukum berkhatan bagi pesakit heamophilia dan kanak- kanak cacat akal dan telah membuat keputusan seperti berikut;

i.                   Pesakit heamophilia tidak diwajibkan berkhatan kerana proses khatan boleh membawa mudharat kepada pesakit. Walau bagaimanapun, aspek taharah bagi pesakit heamophilia perlu dipelajari dan diberi perhatian khusus oleh pesakit berkenaan untuk memastikan kesempurnaan bersuci dan kesahihan ibadah.

 ii.       Bagi kanak-kanak yang cacat akal, kewajipan berkhatan adalah bergantung kepada tahap kecacatan otak yang dialaminya. Gugur semua kewajipan melaksanakan ibadah termasuk berkhatan ke atas kanak-kanak yang mengalami kecacatan otak yang teruk. Ahli keluarga kanak-kanak berkenaan perlu memastikan kebersihan anggota kanak-kanak tersebut dijaga dengan baik.

          Jabatan Mufti Selangor juga telah mewartakan fatwa yang sama di atas pada 25 Oktober 2007 warta nombor Sel P.U. 36 Jld. 60 No. 23 (www.muftiselangor.gov.my/PortalFatwaSelangor)

 Ulasan :

Syariat Islam sememangnya diturunkan bagi memenuhi tuntutan maslahah ummah dan maqasid syariah. Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan ummah. Setiap taklif kepada manusia adalah di atas keupayaan kudrat manusia.

        Firman Allah di dalam Surah al- Hajj ;ayat 78 

وما جعل عليكم في الدين  من حرج   

       

” Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”

Semoga fatwa ini disebarluaskan kepada masyarakat umum terutamanya bagi mereka yang mempunyai pesakit- pesakit heamophilia dan kanak- kanak cacat akal.

wallahua’lam.