Akademi Nasyid

Ulasan sedikit berkaitan program TV Realiti Akademi Nasyid TV 9 yang mendapat sambutan masyarakat.

Tahniah di ucapkan kepada pengurusan tertinggi TV 9 kerana come-out dgn 1 program alternatif AKADEMI NASYID (AN) hiburan yang mendidik jiwa dikala keadaaan hiruk pikuk hiburan kita dlm keadaan tidak tentu arah.

Saya sempat mengikuti rancangan ini beberapa kali. Paling menarik (saya kira semua orang juga) Sdr. Azhan, salah seorang peserta AN yang dianugerahkan ALlah “aura” yg menusuk hati para pendengar. Apabila mendengar lantunan suara Sdr. Azhan, terus “terasa” lubuk hati. Inilah anugerah suara yang Allah berikan kepad hambaNYA.

Industri Nasyid memerlukan lebih ramai “Azhan” untuk tampil berdakwah kpd masyarakat. Lagu2 ketuhanan yang memberi keinsafan beginilah perlu dihidangkan kepada masyarakat.

Rakan2 di dalam industri nasyid juga dinasihatkan jgn terlalu gemar menghasilkan lagu2 meleret- leret dan lirik2 cinta muda- mudi klise spt pada hari ini. Lagu2 dan lirik ketuhanan memang mempunyai “kuasa” utk menarik hati2 kita utk kembali kepada Allah.

Buat Sdr. Azhan, jikapun Sdr. tidak diangkat menjadi juara, harapnya Sdr. terus komited berdakwah melalui bakat anugerah suara sdr. Begitu juga sahabat2 yg lain. Menjadi juara AN bukanlah matlamat utama.Keikhlasan dan sumbangan tuan-tuan sangat bermakna kepada Islam dan ummah.    

Moga hiburan mendidik jiwa dapat mengetuk pintu hati kita semua untuk kembali kepada rahmat Allah.

Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah pemberi rahmat Yang Paling baik   – Al Mukminun ; 118   

1 Comment

  1. ibtihaj saian said,

    J0000007UTC 28, 2008 at 02.22 p07

    Assalamualaikum..
    Saya amat setuju dengan kenyataan saudara.
    Ternyata lontaran suara dengan lirik yg bermakna oleh saudara Azhan memang benar-benar menyentuh hati dan menusuk kalbu malah boleh membuat hati sebak mengingati kebesaran-Nya…

    Terima kasih atas sokongan kepada industri nasyid.
    Wassalam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: