Malaysia Sudah 51 Tahun Merdeka; Umurku Juga Bertambah

31 Ogos 2008 (Ahad)-  Alhamdulillah, tepat jam 12.00 tengah malam tadi, Malaysia sebuah negara berdaulat telah menyambut Kemerdekaan kali ke- 51. Berkat rintihan jerih perih para pejuang kemerdekaan tidak ketinggalan pengorbanan para ulamak Malaysia dahulu yang turut sama memperjuangkan agenda kemerdekaan termasuk seluruh rakyat Malaysia pada waktu itu, kita semua pada hari ini dapat menikmati keselesaan dan kesenangan pada hari ini. Terima kasih, moga Allah membalas jasa bakti pejuang- pejuang kita. 

Cabaran Mempertahankan Erti Kemerdekaan

Sebagai generasi yang mewarisi erti kemerdekaan, kita sewajarnya mempertahankan kemerdekaan ini dalam erti kata yang sebenar. Kita wajb mempertahankan bumi Malaysia daripada di jajah, wajib juga kita mempertahankan aqidah kita daripada dijajah dan diporak perandakan. Wajib juga kita menjaga diri kita dan masyarakat seluruhnya daripada tersasar daripada hukum syariah Allah. Karat jahiliyyah perlulah ditanggalkan sepenuhnya daripada terus menyelebungi diri, keluarga dan masyarakat.  Wajib juga kita menyelamatkan diri kita daripada terus dijajah oleh syaitan.

UMURKU SUDAH 26 TAHUN

Alhamdulillah, setiap tahun dentuman bunga api dan mercun memenuhi angkasa pada sambutan hari merdeka, umurku juga akan terus bertambah.Mengikut takwim miladi, 31 Ogos 2008 ini, umurku sudah genap menjengah 26 tahun. Sudah 26 tahun diberikan pinjam usia. Semoga usia yang mendatang ini akan terus dilimpahkan kesihatan dan kemurahan rezeki. Moga diberikan kekuatan juga oleh Allah untuk terus mewaqafkan diri ini untuk terus memartabatkan agama  di muka bumi. Selagi nyawa dikandung badan, akan ku terus mewarisi kerja Nabi ini.

12.50 AM. 

Advertisements

Keluarga saya mestilah MUSLIM

23 Ogos 2008- Sebuah buku yang sangat masyhur ditulis oleh seorang ulama’ Islam Syiekh Fathi Yakan. Buku ini menjadi bahan telaah saya ketika di Matrikulasi UIAM tahun 2000-2001. Pagi Sabtu ini tergerak semula hati untuk membelek semula buku ini kerana malam ini akan memenuhi jemputan ceramah kekeluargaan di PD.

Kitab ini meletakkan beberapa tugas dalam mengislamkan keluarga.

1- Suami mestilah berbuat baik kepada isteri dengan pergaulan yang mesra. Semoga terbit rasa peraya di antara suami dan isteri.

“Orang yang baik dikalangan kamu ialah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang yang paling baikterhadap isterinya dari kamu”    – Hadith riwayat Tarmidhi

2- Hubungan suami dengan isteri tidaklah hanya semata- mata kerana hubungan syahwat sahaja, sebaliknya lebih daripada itu. Hubungan mestilah dapat mewujudkan persefahaman dalam pemikiran, jiwa dan kasih sayang.

3- Kesemua hubungan suami dan isteri mestilah dalam lingkungan syarak.