Mesej buat Azhan Atan

11 September 2008- Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke- 11 kita semua berpuasa Ramadhan. Sudah masuk fasa ke- 2 puasa Ramadhan kita. Berbaki 19 hari sahaja lagi puasa kita.

Cuma dalam posting ringkas ini, hanya mahu mengucapkan tahniah kepada Azhan Atan kerana dipilih menjadi juara AN kali- 1. Tahniah, syabas. (walaupun memang sudah terlambat)

Moga akan bertambah tekad lagi usaha dakwah beliau melalui perjuangan seni. Moga terus istiqamah di atas jalan dakwah tersebut. Dalam banyak lagu2 yang beliau persembahkan, saya tertarik dengan lagu Pergi Tak Kembali. Masyaallah, kuat betul ketukan suara beliau. Setakat ini sahaja dahulu. terima kasih.

Advertisements

Hindari prejudis berbuka puasa di masjid- Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz

Kolum Agama Berita Harian- 1 September 2008

Pengarah JAKIM

SALAM Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah bertujuan menggalakkan perancangan menyeluruh dan berkesan aktiviti sepanjang bulan mulia ini supaya roh Ramadan dapat dinikmati keseluruhannya. Ikuti wawancara wartawan HASLIZA HASSAN dengan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang mengulas lanjut mengenai program berkenaan.

APA matlamat program Salam Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah dan apakah konsep program ini?

Apabila menjelang Ramadan, menjadi tradisi atau sunnah, Rasulullah SAW akan mengumpulkan sahabat dan menyampaikan perutusan sempena ketibaan Ramadan untuk membangkitkan keghairahan serta persediaan dari segi mental dan fizikal. Ramadan bulan istimewa dan tidak sewajarnya dilayan seperti bulan biasa. Oleh itu, Rasulullah SAW meletakkan asas tradisi itu supaya kedatangan Ramadan disambut dengan perancangan teliti untuk menikmati segala keistimewaan terkandung pada bulan mulia ini. Berdasarkan semangat itu, kita mengumpulkan orang yang bertanggungjawab dalam pengurusan masjid dan hal ehwal Islam pada majlis pelancaran Program Wakaf al-Quran dan Salam Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 Ogos lalu supaya mereka dapat merancang aktiviti menjelang ketibaan Ramadan. Kita tidak mahu apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh mula puasa, barulah semua kelam kabut untuk merancang kerana dari segi teorinya persediaan menyambut Ramadan ini bermula dari awal Rejab dan Syaaban, iaitu bulan untuk panaskan badan, berlatih berpuasa dengan melaksanakan puasa sunat. Pelbagai acara sudah kita rancang sebagai pengisian program Salam Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah ini antaranya majlis pertemuan dan berbuka puasa ulama dan cendikiawan bersama Perdana Menteri pada majlis Pertemuan Ulama dan Umara. Tujuannya untuk menyampaikan mesej bahawa kekuatan negara mesti ditunjangi kesepaduan kelompok ulama, cendekiawan, pemikir dengan pihak pemerintah yang akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan esok bersamaan 2 Ramadan 1429 hijrah.
Read the rest of this entry »