Pengharaman pengkid wajar

Oleh HANIF MOHSEIN MOHD. FAUZI (Utusan M’sia versi online ; 27/10/2008

(Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin; Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan) – gambar 

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-83 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan telah memutuskan bahawa perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau lebih dikenali sebagai ‘pengkid’ adalah haram.

Keputusan itu kena pada masanya kerana mutakhir ini, kita dapat menyaksikan gejala seperti itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan dan turut menular di kalangan pelajar dan telah menjadi perhatian banyak pihak.

Bukan itu sahaja, perkara yang sama turut terjadi kepada golongan lelaki yang cenderung berpenampilan lembut atau golongan mak nyah yang cenderung untuk menukar penampilan menjadi wanita.

Gejala tidak sihat ini boleh mengundang kepada banyak penyakit sosial dan antaranya seperti yang ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin iaitu meminati kaum sejenis atau homoseksual. Gejala homoseksual adalah amat dikutuk dalam Islam dan sangat dilaknati Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Impak daripada amalan seks sejenis ini amat besar dan antaranya ialah boleh mengakibatkan pelbagai penyakit berjangkit seperti AIDS, siflis dan secara langsung menjatuhkan maruah dan martabat manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah SWT

Golongan transgender ini perlu berfikir secara mendalam tentang fitrah kejadian manusia yang telah dijadikan berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan.

Golongan

Selain itu, golongan yang cenderung untuk menukar penampilan mereka kepada gender yang bertentangan juga perlu berfikir bahawa selama mana mereka mampu untuk kekal dalam keadaan sedemikian. Mungkin sewaktu muda, mereka boleh berasa senang dan selesa dengan keadaan mereka tersebut dan mengikut hawa nafsu semata-mata.

Namun, apabila usia telah meningkat tua, bukankah mereka juga akan kembali kepada fitrah yang tidak boleh dinafikan iaitu akan kembali menghadap Allah yang Esa. Adakah mereka tidak bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan?

Sehubungan itu, peranan ibu bapa adalah cukup besar dalam hal ini. Jika ibu bapa merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap penampilan anak-anak, mereka perlu menegur secara langsung dan membetulkan keadaan dan jangan membiarkan sahaja anak-anak membuat apa sahaja yang mereka suka.

Pihak sekolah mahupun institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS) juga tidak boleh memandang ringan tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini kerana kebanyakan kes seumpama ini bermula sama ada di sekolah ataupun di IPTA dan IPTS.

Pihak sekolah mahupun pentadbiran universiti perlu mengenal pasti golongan- golongan ini dan memberi khidmat nasihat dan bimbingan kaunseling kepada mereka. Dengan khidmat kaunseling yang ada, golongan seperti ini bukan sahaja dapat ‘dipulihkan’, tetapi juga dapat memberi semangat dan rangsangan kepada mereka untuk menghargai diri dan kelebihan-kelebihan yang ada dalam diri mereka.

Selain itu, pihak-pihak yang berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, jabatan- jabatan agama Islam negeri dan pihak- pihak berkuasa tempatan juga perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini.

Kita mempunyai undang-undang, peraturan, dan garis panduan bagi membendung dan mengatasi masalah ini. Seharusnya tindakan secara agresif perlu diambil jika kita benar-benar inginkan masalah ini dapat diselesaikan atau paling tidak dapat dikurangkan.

1 Comment

  1. ilham said,

    J00000012UTC 28, 2008 at 02.22 p12

    sangat setuju & saya menyokong tulisan di atas🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: