Sejarah 11 Disember 2008

Muhammad Muaz Wajdi bin Mohamad Zarifi

Muhammad Muaz Wajdi bin Mohamad Zarifi

Tepat jam 9.30 pagi (waktu Malaysia), telah berlaku sejarah dalam hidup.

Anak sulung kami telah selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya. Ketika isteri masuk ke dewan bersalin, hati seorang suami terus tunduk memohon keselamatan segala urusan.

Pengalaman masuk ke dalam dewan bersalin menemani “melihat ” sendiri” peristiwa ciptaan Allah Maha Kuasa sangat menakjubkan dan alhamdulillah pada saat 9.30 pagi, seorang lagi cucu Adam dilahirkan di atas muka bumi Allah ini.

Syukur, alhamdulillah kerana isteri juga tidak mengalami sakit yang panjang. Terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami Ya Alah. Sesungguhnya jika bukan kerana bantuan-Mu Ya Allah sudah pasti kami akan mengalami kesukaran.

Muhammad Muaz Wajdi adalah nama yang dicadangkan olehku dan alhamdulillah isteri juga menyambut baik hasratku untuk menamakan putera sulung kami. Baba dan ibu doakan Muaz akan menjadi seperti Muaz bi Jabal sahabat Nabi SAW yang sentiasa bersama Nabi memperjuangkan agama Islam yang suci ini.  Terlalu banyak kisah berkaitan Muaz bin Jabal dapat digali melalui kitab- kitab Seerah Islam, antaranya Muaz bin Jabal adalah orang yang sangat kuat berpegang pada agama.

Kisah Muaz bin Jabal seorang sahabat Nabi amat menarik dijadikan pedoman dalam membina jalan berfikir ikut sunah. Semasa dilantik menjadi Gabenor di Yaman, Rasulullah bertanya kepada Muaz apakah pedoman atau sumber yang akan digunakan apabila mengurus Yaman nanti. Muaz menjawab, menjadikan al-Quran sebagai sumber. Rasulullah bertanya lagi kalau tidak terdapat di dalam al-Quran, Muaz menyatakan bahawa ia akan merujuk sunah Rasulullah. Baginda bertanya lagi kalau tidak ada dalam sunahnya, Muaz menjawab ia akan melakukan ijtihad. Rasulullah bersetuju dengan pendirian Muaz itu. Jawapan Muaz itu menunjukkan dengan jelas bahawa pedoman membuat keputusan merujuk kepada jalur sunnah.

 

Terima kasih kepada para doktor dan staff nurse yang bertungkus lumus memberikan perkhidmatan yang baik kepada kami. Terima kasih juga ahli keluarga yang memberikan sokongan tak lupa pada sahabat handai yang sudi melawat Muaz dan juga atas SMS tuan- puan:)

Regards,

Zarifi, Puchong Permai

Advertisements

Keluarga saya mestilah MUSLIM

23 Ogos 2008- Sebuah buku yang sangat masyhur ditulis oleh seorang ulama’ Islam Syiekh Fathi Yakan. Buku ini menjadi bahan telaah saya ketika di Matrikulasi UIAM tahun 2000-2001. Pagi Sabtu ini tergerak semula hati untuk membelek semula buku ini kerana malam ini akan memenuhi jemputan ceramah kekeluargaan di PD.

Kitab ini meletakkan beberapa tugas dalam mengislamkan keluarga.

1- Suami mestilah berbuat baik kepada isteri dengan pergaulan yang mesra. Semoga terbit rasa peraya di antara suami dan isteri.

“Orang yang baik dikalangan kamu ialah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang yang paling baikterhadap isterinya dari kamu”    – Hadith riwayat Tarmidhi

2- Hubungan suami dengan isteri tidaklah hanya semata- mata kerana hubungan syahwat sahaja, sebaliknya lebih daripada itu. Hubungan mestilah dapat mewujudkan persefahaman dalam pemikiran, jiwa dan kasih sayang.

3- Kesemua hubungan suami dan isteri mestilah dalam lingkungan syarak.

Hilangnya seorang sahabat, teman, kawan, guru

24 Julai 2008-

Pagi tadi saya terima sms daripada  sahabat Us. Mohd Solhi Shariff, Pegawai Pusat Pungutan Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

sms beliau;

“alfatihah buat sahabat kita, abdul aziz omar yg telah kembali ke rahmatullah, dlm pakaian ihram,kemalangan ketika balik dari umrah (bgtau shbt2 lain)”

Sdr. Us. Abdul Aziz al- hafiz adalah seorang sahabat yang mudah mesra. Saya mula mengenali arwah ketika mula- mula mendaftar masuk ke Tingkatan 1, SMKA Al Mashoor Lelaki pada tahun 1995. Terus hari ke hari mengenali beliau hinggalah ke Tingkatan 5 pada tahun 1999.

Kenangan manis, semasa bersama- sama dgn beliau berkhidmat selaku Badan Tertinggi Pelajar (BTP) SMKA Al- Mashoor (Lelaki) pada tahun 1998- 1999. Beliau menjadi Timbalan Ketua Umum, saya mjadi Exco Dakwah Kepimpinan.Beliau adalah bos ke-2 kami dalam BTP.  Beliau sangat komited dengan gerakerja dan usaha dakwah mendidik anak- anak warisan Al Mashoor. Beliau sangat pantang melihat pelajar2 yang suka ponteng solat, ponteng Subuh, tak mahu baca Mathurat lepas Subuh dan lepas Asar. Walaupun beliau sangat peramah, periang tapi sangat memendam rasa. Beliau tak suka menceritakan masalah nya . apabila disusuri latar belakang beliau merupakan anak yatim.

Beliau sangat bertenaga apabila bertazkirah, sgt alim nahu bahasa arab, sgt berilmu. Apabila tamat pengajian di Al Mashoor, beliau memasuki Maahad Tahfiz Wal Qiraat Pulau Pinang. dan terus ke bumi Nabi Madinah al Munawwarah. Kali terakhir kami berjumpa sekitar tahun 2002 kurang lebih di Masjid Negeri Pulau Pinang menziarahi teman2 di sana.

 Semoga roh arwah diletakkan di kalangan para syuhada’ dan orang yang bertaqwa. Ana doakan anta terus dibawah rahmat al Quran kerana anta merupakan pendokong al- quran semasa hayat. Mohon sahabat2 sekalian mendoakan sahabat ana ini.

 

Hidup Bermasyarakat

Subuh pagi tadi, saya menyelesaikan tugasan Kuliah Subuh di Surau Presint 8. Kuliah menggunakan kitab Tafsir al- Munir karangan Sheikh Prof. Dr. Wahbah al- Zuhailiyy sebagai manual. Pagi tadi mengupas beberapa ayat awal di dalam Surah Abasa.

Kemudian, pagi tadi jam 10 pagi hadir mesyuarat AJK Surau Presint 9, Parcel 12 Putrajaya. Alhamdulillah dapat bertemu sahabat- sahabat baru di kawasan apartment, bertaaruf, bina rappo dgn penduduk. Ramai yang berminat dan komited nak imarahkan surau baru itu. alhamdulillah…Moga Surau baru Presint 9 Parcel 12 itu akan menjadi meriah dengan kuliah pengajian dan aktiviti kemasyarakatan.

Pesan Nabi (maksudnya kurang lebih) 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah pada kiamatm salah satunya adalah mereka yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid

*moga Allah pilih kita untuk menjadi manusia yang mengimarahkan masjid.

Pertemuan dengan orang- orang yang ada kuasa pengaruh

PWTC- Pada PBAKL 2007 ini juga, saya begitu teruja kerana berpeluang bertemu dengan orang ramai. Saya berkesempatan bertemu dengan beberapa orang ahli motivator dan penulis(mentor saya,Sdr Ahmad Fadzli Yusof, Zamri Mohamad, Shamsudin Kadir, Abid Abd, Ikram Wazir) kartunis MOY (Abg Jaa’far- ex Al Mashoor rupanya dia), juri Akademi Al Quran (Ust Zamri), pendakwah terkenal (Sdr. Shahkirit Kalkulal), dan beberapa kawan- kawan yang lain.

Walaupun sempat dipertemukan dengan beberapa orang ini sahaja, saya beruntung kerana ada beberapa pesanan yang diberikan kepada kepada saya yang boleh dikongsi bersama. Antaranya

1- Ahmad Fadzli Yusof, bakal pengganti Dr. Fadzillah Kamsah (mengikut ramalan Pn. Ainon- Sifu PTS) telah berpesan banyak perkara kepada saya. Antara perkara yang sangat penting adalah perkara positioning dan branding. TQ Abg Ahmad, kerana sentiasa memberi galakan dan idea power dahulu, kini dan selamanya!

2- Sdr. Shahkirit Kalkulal, telah berpesan kepada saya supaya terus menggiatkan usaha dakwah. Saya sangat mengkagumi kebolehan Sdr. Shahkirit dalam berhujah dengan fakta dan dalil dan beliau mengusai ilmu comparative religion. Saya sering mengikuti ceramah beliau “Interfaith Dialogue” ketika di kampus UIA, Gombak dahulu. Kita perlu melahirkan lebih ramai lagi Shahkirit!

“Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukminin.”- maksud ayat alQuran