kereta yang banyak berjasa

img_01821

Alhamdulillah hari ini kereta yg. banyak berjasa kembali pulih seperti sedia kala.
Baru keluar dari workshop…….
Setelah berlaku kemalangan kecil dgn bas di Putrajaya Sentral….
Terima kasih kepada sahabat lama, En. Fadzli, Pegawai Department Claims, Takaful IKHLAS Sdn. Bhd. yang banyak membantu…
Terima kasih juga pada Abg. Fadli, Pengurus Bumi Perkasa Workshop, Sungai Merab atas komitmen yg. sangat baik (hanya 5 hari shj. dlm bengkel)….
Juga tak dilupakan Sdr. Afyann, wakil Takaful saya banyak membantu….
Alhamdulillah
Advertisements

Usahawan Muslim

img_01711

Seminar Usahawan Muslim

img_017821

Bersama Pembentang

8.11.2008 (Sabtu)

Pagi tadi saya menghadiri sebuah seminar Usahawan Muslim anjuran Masjid Putra, Putrajaya kebetulan diundang untuk menjadi Moderator salah sebuah pembentangan. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi berlangsung di Auditorium Masjid Putra.

Saya tiba di perkarangan Masjid Putra lebih kurang jam 10 pagi setelah menyiapkan serba sedikit tugasan di pejabat. Apabila melangkah masuk dalam Auditorium, kelihatan pembentang kertas kerja pertama Prof Dr Nik Mu’tasim Abd Rahman daripada UKM sedang membentangkan kertas kerja bertajuk “Rasulullah Model Usahawan Berjaya”.

img_016512

Moderator

Selepas selesai pembentangan pertama, para peserta seminar berhenti rehat dan dihidangkan dengan juadah minum pagi yang sangat menyelerakan. Selesai minum pagi tibalah masanya sesi pembentangan oleh Tn Hj Mohd Alayudin Bin Che Hassan bertajuk “Peluang, Halangan dan Cabaran Usahawan Muslim Masa Kini”. Kini saya ditugaskan menjadi moderator.

Apabila saya membaca CV ringkas beliau, masyallah terasa kerdil diri ini berbanding beliau. Beliau merupakan graduan University of Northrop, LA, US dalam jurusan Mechanical Engineering. Beliau juga merupakan NAib Presiden, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pusat selain memegang amanah selaku YDP DPMM cawangan putrajaya.

45 minit “sharing moment” yang sangat mengujakan.

1. Beliau sangat merendah diri walau punyai reputasi tinggi

2. Ucapan yang menceritakan kisah benar hidup beliau sebagaimana mendaki kejayaan

3. Sentiasa memberi penekanan kepada barakah dalam rezeki

4. Pernah menjual nasi lemak, mee goreng, apam balik ketika sekolah rendah

5. Membawa tebu ke sekolah ketika umur 6 tahun

6. Bisnes pertama beliau selepas pelang ke tanah air adalah popia

7. Kemudian menjalankan bisnes cleaning services dan terus berkembang.

Cabaran Usahan Muslim

1. Modal (Capital)

2. Knowledge Bisnes

3. Networking

4. Experience

5.Environmental Bisnes

Halangan Usahawan Muslim

1. Rasuah

2. Hasad Dengki

3. masalah sikap

4. Kurang disiplin

5. Kurang daya tahan

Saya sangat terkesan dengan nasihat beliau pada hadirin iaitu ” Matlamat utama kita adalah mencari Redho Allah, berdakwah juga merupakan tugas kita, sementara bisnes adalah vehicle untuk mendapat redho Allah “

Terima kasih kepada semua pembentang atas perkongsian ilmu & pengalaman. Moga bertemu dilain ketika

Mesej buat Azhan Atan

11 September 2008- Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke- 11 kita semua berpuasa Ramadhan. Sudah masuk fasa ke- 2 puasa Ramadhan kita. Berbaki 19 hari sahaja lagi puasa kita.

Cuma dalam posting ringkas ini, hanya mahu mengucapkan tahniah kepada Azhan Atan kerana dipilih menjadi juara AN kali- 1. Tahniah, syabas. (walaupun memang sudah terlambat)

Moga akan bertambah tekad lagi usaha dakwah beliau melalui perjuangan seni. Moga terus istiqamah di atas jalan dakwah tersebut. Dalam banyak lagu2 yang beliau persembahkan, saya tertarik dengan lagu Pergi Tak Kembali. Masyaallah, kuat betul ketukan suara beliau. Setakat ini sahaja dahulu. terima kasih.

Akademi Nasyid

Ulasan sedikit berkaitan program TV Realiti Akademi Nasyid TV 9 yang mendapat sambutan masyarakat.

Tahniah di ucapkan kepada pengurusan tertinggi TV 9 kerana come-out dgn 1 program alternatif AKADEMI NASYID (AN) hiburan yang mendidik jiwa dikala keadaaan hiruk pikuk hiburan kita dlm keadaan tidak tentu arah.

Saya sempat mengikuti rancangan ini beberapa kali. Paling menarik (saya kira semua orang juga) Sdr. Azhan, salah seorang peserta AN yang dianugerahkan ALlah “aura” yg menusuk hati para pendengar. Apabila mendengar lantunan suara Sdr. Azhan, terus “terasa” lubuk hati. Inilah anugerah suara yang Allah berikan kepad hambaNYA.

Industri Nasyid memerlukan lebih ramai “Azhan” untuk tampil berdakwah kpd masyarakat. Lagu2 ketuhanan yang memberi keinsafan beginilah perlu dihidangkan kepada masyarakat.

Rakan2 di dalam industri nasyid juga dinasihatkan jgn terlalu gemar menghasilkan lagu2 meleret- leret dan lirik2 cinta muda- mudi klise spt pada hari ini. Lagu2 dan lirik ketuhanan memang mempunyai “kuasa” utk menarik hati2 kita utk kembali kepada Allah.

Buat Sdr. Azhan, jikapun Sdr. tidak diangkat menjadi juara, harapnya Sdr. terus komited berdakwah melalui bakat anugerah suara sdr. Begitu juga sahabat2 yg lain. Menjadi juara AN bukanlah matlamat utama.Keikhlasan dan sumbangan tuan-tuan sangat bermakna kepada Islam dan ummah.    

Moga hiburan mendidik jiwa dapat mengetuk pintu hati kita semua untuk kembali kepada rahmat Allah.

Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah pemberi rahmat Yang Paling baik   – Al Mukminun ; 118   

satu kisah

pagi ini, saya dan isteri bergegas turun daripada rumah jam 7.00 pagi untuk pergi ke pejabat.

saya menuju ke kereta saya, isteri pula menuju ke kereta nya pada aras yang sama parkir kereta apartment. hati dan fikiran saya sdg berfikir tugasan ofis yang perlu dibereskan dlm masa terdekat.

ringkas cerita, bila nak start kereta..tak hidup2…tak hidup2.. kenapa pulak kete ni..cuba lagi..tak hidup2 jugak..

yakin saya, bateri kereta dah kong (bahasa org ramai) ni..dah 2 tahun kete ni saya pakai. 

mujur isteri sempat call kawannya, dan dia pun tumpang kete kawannya. Terima kasih pada isteri kerana membantu dan berkorban.

Dunia oh dunia!

kadang2 bila kesibukan menerpa

kita lupa tanggungjawab…..

kita lupa tugas utama……

kadang2 bila kesibukan menerjah

kita hanyut dengan dunia…

kita hanyut dengan kertas, fail, pen, meja…

berapa lama mahu kita begini…

usia makin hari, makin singkat, sempit…

kadang2 terus terlupa pada pencipta…

tak sedar kita ini makhluk…

ya rabb, ampuni kami, bimbing kami…