Usahawan Muslim

img_01711

Seminar Usahawan Muslim

img_017821

Bersama Pembentang

8.11.2008 (Sabtu)

Pagi tadi saya menghadiri sebuah seminar Usahawan Muslim anjuran Masjid Putra, Putrajaya kebetulan diundang untuk menjadi Moderator salah sebuah pembentangan. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi berlangsung di Auditorium Masjid Putra.

Saya tiba di perkarangan Masjid Putra lebih kurang jam 10 pagi setelah menyiapkan serba sedikit tugasan di pejabat. Apabila melangkah masuk dalam Auditorium, kelihatan pembentang kertas kerja pertama Prof Dr Nik Mu’tasim Abd Rahman daripada UKM sedang membentangkan kertas kerja bertajuk “Rasulullah Model Usahawan Berjaya”.

img_016512

Moderator

Selepas selesai pembentangan pertama, para peserta seminar berhenti rehat dan dihidangkan dengan juadah minum pagi yang sangat menyelerakan. Selesai minum pagi tibalah masanya sesi pembentangan oleh Tn Hj Mohd Alayudin Bin Che Hassan bertajuk “Peluang, Halangan dan Cabaran Usahawan Muslim Masa Kini”. Kini saya ditugaskan menjadi moderator.

Apabila saya membaca CV ringkas beliau, masyallah terasa kerdil diri ini berbanding beliau. Beliau merupakan graduan University of Northrop, LA, US dalam jurusan Mechanical Engineering. Beliau juga merupakan NAib Presiden, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pusat selain memegang amanah selaku YDP DPMM cawangan putrajaya.

45 minit “sharing moment” yang sangat mengujakan.

1. Beliau sangat merendah diri walau punyai reputasi tinggi

2. Ucapan yang menceritakan kisah benar hidup beliau sebagaimana mendaki kejayaan

3. Sentiasa memberi penekanan kepada barakah dalam rezeki

4. Pernah menjual nasi lemak, mee goreng, apam balik ketika sekolah rendah

5. Membawa tebu ke sekolah ketika umur 6 tahun

6. Bisnes pertama beliau selepas pelang ke tanah air adalah popia

7. Kemudian menjalankan bisnes cleaning services dan terus berkembang.

Cabaran Usahan Muslim

1. Modal (Capital)

2. Knowledge Bisnes

3. Networking

4. Experience

5.Environmental Bisnes

Halangan Usahawan Muslim

1. Rasuah

2. Hasad Dengki

3. masalah sikap

4. Kurang disiplin

5. Kurang daya tahan

Saya sangat terkesan dengan nasihat beliau pada hadirin iaitu ” Matlamat utama kita adalah mencari Redho Allah, berdakwah juga merupakan tugas kita, sementara bisnes adalah vehicle untuk mendapat redho Allah “

Terima kasih kepada semua pembentang atas perkongsian ilmu & pengalaman. Moga bertemu dilain ketika

Sorotan Ringkas Seminar Fiqh & Pemikiran Lestari

Fiqh Islam rungkai semua persoalan

(Sumber Utusan Malaysia Versi Online; 4 Nov 2008)

Oleh Mohd. Radzi MOHD. Zin

DALAM hidup kita, segala-galanya berubah dan tidak ada apa pun yang kekal. Semalam bukan lagi hari sebelumnya, dan hari ini bukan lagi semalam. Esok bukan lagi hari ini dan lusa bukan lagi esok.

Manusia di muka ini sentiasa mempunyai pilihan dalam merencana kehidupan masing-masing. Sesuai dengan firman Allah di atas tadi, Islam agama yang sempurna menyediakan garis panduan kepada umatnya dalam membuat pilihan.

Segala kebajikan dan perkara kebaikan yang dilakukan walaupun sebesar zarah akan diberi ganjaran oleh Allah. Begitu juga segala kemaksiatan dan keburukan yang dilakukan juga akan menerima balasan azab di akhirat kelak.

Justeru, menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam yang mukalaf mempelajari ilmu fiqh. Fiqh dari segi bahasa Arab bermaksud faham dan mengetahui akan sesuatu atau memahami tujuan dari percakapan seseorang.

Menurut istilah, fiqh adalah ilmu tentang hukum-hukum syarak yang amaliah, praktikal yang diambil daripada dalil-dalilnya yang tafsiliyah (terperinci).

Fiqh Islam adalah dinamik mencakupi semua tuntutan kehidupan manusia dan ia bersifat murunah (fleksibel) serta mampu berkembang kepada perkara-perkara furu’ (cabang) dan hukum-hukum juz’i.

Walaupun demikian, dalam bab beribadat, ia tidak boleh direka-reka sebaliknya mesti bersumberkan nas yang tepat, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad.

Menurut beliau, kefahaman umat Islam dalam fiqh amat penting dalam memastikan kepentingan awam dan sesuatu perkara itu dibuat mengikut keutamaan atau aulawiyat.

Kepentingan hak awam itulah yang menyebabkan tindakan menyorok barang atau ikhtikar dilarang oleh Islam.

Memahami fiqh bukan hanya tanggungjawab ulama, ustaz dan mereka yang berpendidikan agama sahaja tetapi ia meliputi umat Islam seluruhnya.

Beliau menegaskan, dalam Islam, darurat tidak boleh dihapuskan dengan kemudaratan yang sama atau perkara yang lebih memudaratkan.

“Sebab itu dalam perubatan, para doktor perlu membuat keputusan. Adakah dengan kaedah pembedahan itu boleh mengubati penyakit seseorang atau pembedahan itu mendatangkan lebih bahaya kepada pesakit.

Read the rest of this entry »

Hindari prejudis berbuka puasa di masjid- Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz

Kolum Agama Berita Harian- 1 September 2008

Pengarah JAKIM

SALAM Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah bertujuan menggalakkan perancangan menyeluruh dan berkesan aktiviti sepanjang bulan mulia ini supaya roh Ramadan dapat dinikmati keseluruhannya. Ikuti wawancara wartawan HASLIZA HASSAN dengan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang mengulas lanjut mengenai program berkenaan.

APA matlamat program Salam Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah dan apakah konsep program ini?

Apabila menjelang Ramadan, menjadi tradisi atau sunnah, Rasulullah SAW akan mengumpulkan sahabat dan menyampaikan perutusan sempena ketibaan Ramadan untuk membangkitkan keghairahan serta persediaan dari segi mental dan fizikal. Ramadan bulan istimewa dan tidak sewajarnya dilayan seperti bulan biasa. Oleh itu, Rasulullah SAW meletakkan asas tradisi itu supaya kedatangan Ramadan disambut dengan perancangan teliti untuk menikmati segala keistimewaan terkandung pada bulan mulia ini. Berdasarkan semangat itu, kita mengumpulkan orang yang bertanggungjawab dalam pengurusan masjid dan hal ehwal Islam pada majlis pelancaran Program Wakaf al-Quran dan Salam Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 Ogos lalu supaya mereka dapat merancang aktiviti menjelang ketibaan Ramadan. Kita tidak mahu apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh mula puasa, barulah semua kelam kabut untuk merancang kerana dari segi teorinya persediaan menyambut Ramadan ini bermula dari awal Rejab dan Syaaban, iaitu bulan untuk panaskan badan, berlatih berpuasa dengan melaksanakan puasa sunat. Pelbagai acara sudah kita rancang sebagai pengisian program Salam Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah ini antaranya majlis pertemuan dan berbuka puasa ulama dan cendikiawan bersama Perdana Menteri pada majlis Pertemuan Ulama dan Umara. Tujuannya untuk menyampaikan mesej bahawa kekuatan negara mesti ditunjangi kesepaduan kelompok ulama, cendekiawan, pemikir dengan pihak pemerintah yang akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan esok bersamaan 2 Ramadan 1429 hijrah.
Read the rest of this entry »

Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke- 51

Bermula 7 – 11 Julai depan, acara tahunan Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke- 51 akan berlangsung di Negeri Kedah Darul Aman.

Majlis ini sangat berprestij kerana melahirkan ramai qurra’ terkenal dalam negara. Antaranya Syiekh Ahmad Pergau (Kelantan), Ismail Hashim (Kedah) , Ust Muhammad Qari (bekas guru agama di SMKA Falahiah, Kelantan), Hj. Abdul Rahim Ahmad, Hajah Paridah Mat Saman, Hjh. Rogayah Sulong, Us. Radzi Kamarul Hailan dan lain2 lagi.

Paling menarik, Tilawah Kali ke- 51 ni banyak negeri yang diwakili oleh kawan2 saya ketika sekolah menengah dan universiti duhulu, cthnya Us. Hafaz Ali (akan mewakili T’ganu), Us Amir Rahman- dalam gambar sebelah (Wilayah), Us Syahiruddin ( Wakil NS), Ustzh Farah Ilyani Zakaria (wakil Sarawak; anak jati Kelantan; dahulunya pergi ke Tehran wakil M’sia Tilawah Remaja bersama saya), Cik Sharifah Khasif (wakil Perak), dan Cik Normalina Alias- dalam gambar sebelah (wakil Wilayah- pernah sekelas di UIA dulu). Tahniah buat sahabat2 semua.

Moga al- Quran terus dimartabatkan dan dibumikan risalahnya.

Produk TAKAFUL bukan lagi alternatif, sudah WAJIB

Sedar ataupun tidak, produk insurans konvesional yang ditawarkan syarikat insurans konvensional hukumnya haram.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke- 16 pada 15 – 16 Februari 1979  telah bersetuju memutuskan bahawa Insurans Nyawa adalah haram kerana ia ;

i) Mengandungi gharar

ii) Mengandungi unsur judi

iii) Mengandungi muamalah riba

 Majlis Fiqh Antarabangsa bersidang pada 1979 di Mekah memutuskan Insurans Jenis Perniagaan adalah HARAM ke atas barangan perniagaan, nyawa, dan lain2 jenis harta.

Pengharaman Insurans Konvensional telah disepakati oleh ulama dunia antaranya ;

i) Imam Muhd Amin Ibn Abidin (1836M)

ii) Imam Muhd Abu Zuhrah

iii) Syiekh Ahmad Ibraim Al- Husaini

iv) Syiekh Najm al- Din al- Waiz

v) Syiekh al- Ahmadi al- Zawahiri

vi) Syiekh Prof. Dr. Yusuf Qardhawi

vii) Syiekh Prof. Dr. Sulaiman Al- Asyqar

viii) Syiekh Dr. Wahbah al- Zuhailiyy

Setakat hari ini, terdapat 8 operator Takaful sahaja yang berdaftar dengan Bank Negara (www.bnm.gov.my), (http://www.mifc.com/060202_tka_oper.htm)

Registered Takaful Operators

  1. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad
  2. CIMB Aviva Takaful Berhad
  3. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Berhad
  4. MAA Takaful Berhad
  5. Prudential BSN Takaful Berhad
  6. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  7. Takaful Ikhlas Sdn Berhad
  8. Etiqa Takaful

Berdasarkan fakta dari Bank Negara ini, dapatlah difahami bahawa selain daripada 8 operator ini, semuanya adalah syarikat insurans konvensional.

Pastikan urusan muamalat sehari- hari kita menepati syariat Islam. Tak kira lah, insurans keluarga, insurans pendidikan anak2 ker, insurans kereta motor ke, PASTIKAN semuanya menggunakan TAKAFUL.

Fakta: Sidang Kemuncak Ketua- Ketua Negara Islam dalam Developing-8 (D- 8) yang telah berlangsung di Dhaka telah memutuskan bahawa istilah Takaful digunakan untuk semua jenis perniagaan INSURANS SECARA ISLAM.

Justeru, jangan terperangkap dengan sesetengah syarikat yang claim produk insurans mereka dikawal selia oleh penasihat syariah, para ustaz etc. .Tugas anda pastikan dulu, periksa dulu…Gunakan ilmu anda……

 

 

Peraduan ‘100 hari 100 kereta’ haram: Jakim


TERIMA KEPUTUSAN: Shazalli (kanan) bersama Hassan (tengah) dan Wan Mohamad pada sidang media mengenai keputusan peraduan Celcom 100 Hari 100 Kereta di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi

PUTRAJAYA: Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam memutuskan, Peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ anjuran Celcom (Malaysia) Bhd melanggar syariah dan mengandungi unsur judi.

Serentak itu, panel berkenaan mengarahkan Celcom menamatkan serta-merta peraduan itu atau menggubal semula konsep dan termanya supaya menepati kehendak syariah jika ingin meneruskannya.

Pengerusi panel yang juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata mereka mendapati peraduan itu juga bersifat gharar, iaitu mengandungi unsur tidak jelas, eksploitasi serta menggalakkan pembaziran.

“Justeru peraduan yang berlandaskan terma dan syarat sedia ada tidak boleh diteruskan. Jika ingin meneruskannya, ia perlu mengikut konsep baru yang selari syariah Islam,” katanya kepada Berita Harian selepas mempengerusikan mesyuarat panel itu di Bangi, semalam.

Mesyuarat hampir tiga jam itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Read the rest of this entry »