kereta yang banyak berjasa

img_01821

Alhamdulillah hari ini kereta yg. banyak berjasa kembali pulih seperti sedia kala.
Baru keluar dari workshop…….
Setelah berlaku kemalangan kecil dgn bas di Putrajaya Sentral….
Terima kasih kepada sahabat lama, En. Fadzli, Pegawai Department Claims, Takaful IKHLAS Sdn. Bhd. yang banyak membantu…
Terima kasih juga pada Abg. Fadli, Pengurus Bumi Perkasa Workshop, Sungai Merab atas komitmen yg. sangat baik (hanya 5 hari shj. dlm bengkel)….
Juga tak dilupakan Sdr. Afyann, wakil Takaful saya banyak membantu….
Alhamdulillah

Usahawan Muslim

img_01711

Seminar Usahawan Muslim

img_017821

Bersama Pembentang

8.11.2008 (Sabtu)

Pagi tadi saya menghadiri sebuah seminar Usahawan Muslim anjuran Masjid Putra, Putrajaya kebetulan diundang untuk menjadi Moderator salah sebuah pembentangan. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi berlangsung di Auditorium Masjid Putra.

Saya tiba di perkarangan Masjid Putra lebih kurang jam 10 pagi setelah menyiapkan serba sedikit tugasan di pejabat. Apabila melangkah masuk dalam Auditorium, kelihatan pembentang kertas kerja pertama Prof Dr Nik Mu’tasim Abd Rahman daripada UKM sedang membentangkan kertas kerja bertajuk “Rasulullah Model Usahawan Berjaya”.

img_016512

Moderator

Selepas selesai pembentangan pertama, para peserta seminar berhenti rehat dan dihidangkan dengan juadah minum pagi yang sangat menyelerakan. Selesai minum pagi tibalah masanya sesi pembentangan oleh Tn Hj Mohd Alayudin Bin Che Hassan bertajuk “Peluang, Halangan dan Cabaran Usahawan Muslim Masa Kini”. Kini saya ditugaskan menjadi moderator.

Apabila saya membaca CV ringkas beliau, masyallah terasa kerdil diri ini berbanding beliau. Beliau merupakan graduan University of Northrop, LA, US dalam jurusan Mechanical Engineering. Beliau juga merupakan NAib Presiden, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pusat selain memegang amanah selaku YDP DPMM cawangan putrajaya.

45 minit “sharing moment” yang sangat mengujakan.

1. Beliau sangat merendah diri walau punyai reputasi tinggi

2. Ucapan yang menceritakan kisah benar hidup beliau sebagaimana mendaki kejayaan

3. Sentiasa memberi penekanan kepada barakah dalam rezeki

4. Pernah menjual nasi lemak, mee goreng, apam balik ketika sekolah rendah

5. Membawa tebu ke sekolah ketika umur 6 tahun

6. Bisnes pertama beliau selepas pelang ke tanah air adalah popia

7. Kemudian menjalankan bisnes cleaning services dan terus berkembang.

Cabaran Usahan Muslim

1. Modal (Capital)

2. Knowledge Bisnes

3. Networking

4. Experience

5.Environmental Bisnes

Halangan Usahawan Muslim

1. Rasuah

2. Hasad Dengki

3. masalah sikap

4. Kurang disiplin

5. Kurang daya tahan

Saya sangat terkesan dengan nasihat beliau pada hadirin iaitu ” Matlamat utama kita adalah mencari Redho Allah, berdakwah juga merupakan tugas kita, sementara bisnes adalah vehicle untuk mendapat redho Allah “

Terima kasih kepada semua pembentang atas perkongsian ilmu & pengalaman. Moga bertemu dilain ketika

Sorotan Ringkas Seminar Fiqh & Pemikiran Lestari

Fiqh Islam rungkai semua persoalan

(Sumber Utusan Malaysia Versi Online; 4 Nov 2008)

Oleh Mohd. Radzi MOHD. Zin

DALAM hidup kita, segala-galanya berubah dan tidak ada apa pun yang kekal. Semalam bukan lagi hari sebelumnya, dan hari ini bukan lagi semalam. Esok bukan lagi hari ini dan lusa bukan lagi esok.

Manusia di muka ini sentiasa mempunyai pilihan dalam merencana kehidupan masing-masing. Sesuai dengan firman Allah di atas tadi, Islam agama yang sempurna menyediakan garis panduan kepada umatnya dalam membuat pilihan.

Segala kebajikan dan perkara kebaikan yang dilakukan walaupun sebesar zarah akan diberi ganjaran oleh Allah. Begitu juga segala kemaksiatan dan keburukan yang dilakukan juga akan menerima balasan azab di akhirat kelak.

Justeru, menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam yang mukalaf mempelajari ilmu fiqh. Fiqh dari segi bahasa Arab bermaksud faham dan mengetahui akan sesuatu atau memahami tujuan dari percakapan seseorang.

Menurut istilah, fiqh adalah ilmu tentang hukum-hukum syarak yang amaliah, praktikal yang diambil daripada dalil-dalilnya yang tafsiliyah (terperinci).

Fiqh Islam adalah dinamik mencakupi semua tuntutan kehidupan manusia dan ia bersifat murunah (fleksibel) serta mampu berkembang kepada perkara-perkara furu’ (cabang) dan hukum-hukum juz’i.

Walaupun demikian, dalam bab beribadat, ia tidak boleh direka-reka sebaliknya mesti bersumberkan nas yang tepat, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad.

Menurut beliau, kefahaman umat Islam dalam fiqh amat penting dalam memastikan kepentingan awam dan sesuatu perkara itu dibuat mengikut keutamaan atau aulawiyat.

Kepentingan hak awam itulah yang menyebabkan tindakan menyorok barang atau ikhtikar dilarang oleh Islam.

Memahami fiqh bukan hanya tanggungjawab ulama, ustaz dan mereka yang berpendidikan agama sahaja tetapi ia meliputi umat Islam seluruhnya.

Beliau menegaskan, dalam Islam, darurat tidak boleh dihapuskan dengan kemudaratan yang sama atau perkara yang lebih memudaratkan.

“Sebab itu dalam perubatan, para doktor perlu membuat keputusan. Adakah dengan kaedah pembedahan itu boleh mengubati penyakit seseorang atau pembedahan itu mendatangkan lebih bahaya kepada pesakit.

Read the rest of this entry »

Doa- doa Ma’thur di Tanah Suci

2431458-makkah-mintaqat_makkah

Berdoalah Wahai tetamu Allah

Artikel ini diambil daripada blog Guru saya; Al-Fadhil Tn. Hj. Zahazan Mohamed (www.zahazanmohamed.blogspot.com)

DOA AGAR DIKURNIAKAN KEAMPUNAN, HIDAYAH, REZEKI DAN KESELAMATAN[1]

اللهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Maksudnya: “Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.

Doa MEMOHON HATI YANG BERSIH[2][3]

اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مِنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan .

doa agar DIBERI KEKUATAN UNTUK SENTIASA berzikir, syukur dan taat

اللَّـهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya: Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu, dan memperelokkan ibadah kepadaMu .

DOA UNTUK MENGELAKKAN RACUN, SANTAU DAN PENYAKIT[4]
أعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Maksudnya :” Aku mohon perlindungan dengan perkataan Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakannya”.
[5]

MENGUBAT DEMAM PANAS
بسمِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّارٍ،
وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ
[6]

Maksudnya : “Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ” .

Bacaan mengubati Sakit
بسم الله 3x
أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ، مِنْ شَرِّمَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 7 x
[7]

“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaannya dari kejelekan sesuatu yang aku jumpai dan aku takuti.

Keterangan & Petua Beramal
Menurut apa yang diamalkan dalam kaedah perubatan Nabi saw , pesakit boleh mengubat kesakitan yang dialaminya iaitu dengan cara ; Letakkan tangan pada tubuh yang terasa sakit, dan bacalah jampi di atas mengikut bilangan yang diajarkan oleh Nabi saw itu .
[8]Menurut al-Tirmizi, Nabi saw bersabda , tidaklah seseorang yang menderita sakit yang belum datang ajalnya , lalu dia membacakan doa ini melainkan akan disembuhkan Allah . [9]

Doa Apabila Melihat
Orang yang DITIMPA MUSIBAH
[10]

الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلاً
Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari sesuatu yang Allah memberi cubaan kepadamu dan Allah telah memberi kmuliaan kepadaku melebihi orang banyak.

Keterangan & Petua Beramal[11]

Lanjutan dari hadith di atas , Nabi saw bersabda , barangsiapa yang membaca doa ini, dia tidak akan ditimpa musibah tersebut. Maka janganlah kita lupa mengamalkan doa ini apabila kita melihat sesuatu bencana seperti kemalangan jalanraya, penyakit dan sebagainya berlaku. Mudah-mudahan dengan berkat doa ini, kita terpelihara daripada mengalaminya, InsyaalLah .
Doa Apabila ditimpa perkara yang tidak disenangi

قَدَّرَ اللَّـهُ وَ مَا شَاءَ فَعَلَ
Maksudnya: “Allah sudah mentaqdirkan, dan Dia berbuat mengikut apa yang dikehendakiNya”.

DOA AGAR TERHINDAR DARI BERBAGAI KEJAHATAN[12]

اللَّـهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ و رَبَّ الأَرْضِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالفُرْقَانِ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ، اللَّـهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، و أَنْتَ َالآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَ أَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ، إِقْضِ عَنَّا الدَّيْنِ، وَأَغْنِنَا مِنَ الفَقْرِ

Ya Allah , Tuhan langit yang tujuh, tuhan bumi, tuhan arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhansegala sesuatu , pembelah biji dan benih , tuhan yang menurunkan taurat , injil dan al-Furqan ( al-Quran ), aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang Engkau pegang ubun-ubunnya, ya Allah engkaulah yang pertama tiada sesuatu sebelumMu, Engkaulah yang paling akhir, tiada sesuatupun sesudahMu. Engkaulah yang Zahir, tiada sesuatu yang lebih hebat dariMu, dan Engkaulah yang batin, tiada sesuatupun yang tersembunyi dariMu, tunaikanlah hutang kami dan cukupkanlah keperluan kami .

Doa waktu Ditimpa Musibah[13]

إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ،
اللَّّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya : Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku)

DOA SOLAT WITIR[14]

اللَّـهُمَّ إِنِّي أعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَ بِمَعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ،
وَ أعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

Maksudnya: ‘Ya Allah, Aku memohon perlindungan dengan keredhaanMu daripada ditimpa kemurkaanMu,dan aku memohon dengan keafiatanMu dari ditimpa hukumanMu,dan aku memohon perlindunganMu. Aku tidak mampu untuk membuat pujian ke atasMu sebagaimana Engkau memuji DiriMu sendiri.

DOA melihat perkara
yang disukai atau dibenci
[15]

Bacaan Melihat Perkara Yang Disukai
الحَمْدُ للَّـهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
Segala Puji bagi Allah yang dengan nikmatNya sempurnalah segala kebaikan .

Bacaan Melihat Perkara Yang Tidak Disukai[16]

الحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Segala Puji bagi Allah atas segala perkara .

Read the rest of this entry »

Pengharaman pengkid wajar

Oleh HANIF MOHSEIN MOHD. FAUZI (Utusan M’sia versi online ; 27/10/2008

(Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin; Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan) – gambar 

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-83 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan telah memutuskan bahawa perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau lebih dikenali sebagai ‘pengkid’ adalah haram.

Keputusan itu kena pada masanya kerana mutakhir ini, kita dapat menyaksikan gejala seperti itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan dan turut menular di kalangan pelajar dan telah menjadi perhatian banyak pihak.

Bukan itu sahaja, perkara yang sama turut terjadi kepada golongan lelaki yang cenderung berpenampilan lembut atau golongan mak nyah yang cenderung untuk menukar penampilan menjadi wanita.

Gejala tidak sihat ini boleh mengundang kepada banyak penyakit sosial dan antaranya seperti yang ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin iaitu meminati kaum sejenis atau homoseksual. Gejala homoseksual adalah amat dikutuk dalam Islam dan sangat dilaknati Allah SWT dan Rasulullah SAW. Read the rest of this entry »